BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 6, 2009

Pantun Ragam Kelasku...

Skrg aku nk ltak pantun yg dibuat oleh kwn klas aku dan telah digubah oleh aku...
Pantun nie b'tjuk "RAGAM 1RK1"


Assalamualaikum salam diberi,
Waalaikumsalam tentunya pasti,
Itulah jawapan harapan kami,
Kalau tak jawab tanggungle sendiri.

RK1 nama diberi,
17 putera 19 puteri,
Kecoh seperti pasar tani,
Happy always setiap hari.

Orangnye putih cantek sekali,
Pipinya tembam penambah seri,
Cikgu Faleha guru kelas kami,
Mengajar sivik di kelas kami.

Seindah nama cantek tatasusilanya,
Orangnya patuh baik pula,
Peranan monitor tak pernah leka,
Khairul Hariz itulah namanya.

Bila tersenyum sampai telinga,
NorFaraizzati itulah namanya,
Penolong ketua sememangnya tugasnya,
Lailatul pula sahabat setianya.

Mulut murai kecoh sekali,
Digelar 'becok' semua guru,
Dialah Syahnaz Ad-din Naquib,
Ditegur sedikit berkedut seribu.

Minta duit setiap hari,
Itulah peranan ceti kami,
Nurul Nadjwa nama diberi,
Kalau nampak 'buah hati' tersenyum sendiri.

Namanya yang top jolokan diri,
Zarith Sofea itulah empunya diri,
Membuat kerja penuh teliti,
Itulah ciri pelajar mithali.

Fakhrur Razy itulah namanya,
Mukenye seperti orang cina,
Piee pulak lain ceritanya,
Ayah dia 'Wong' yang orang cina.

Farrah Hanisah nama diberi,
Muka ayu jolokan diri,
Pasal study tak boleh dinafi,
Result exam perh,,sentiasa dikagumi.

Syafik Harun persan macho,
Bila dipuji syok sendiri,
Faizzudin pulak pelajar contoh,
Dari MRSM tercampak ke SMKDS.

Fatihah kecoh macam penjual ikan,
Sakit telinga tak boleh tahan,
Amera pulak teman spesiesnya,
Dua-dua sama 2x5.

Orangnya kecil boleh tahan comel,
Kalau bab nyanyi dia yang terror,
Nasrul Fahme yang suka mengomel,
Kalau dipanggil kenit dia yang merana.

Kalau berjalan mengalahkan model,
Itulah Era si empunya diri,
Tinggi lampai boleh jadi model,
Dia sendiri yang cakap sudi.

Muka persis orang Korea,
Ramai peminat itulah Farah Diana,
Anak pak imam kecoh sentiasa,
Nor Diana itulah namanya.

Alap nama digelar,
Kacau orang itulah kerjanya,
Alan pulak susah nk ditegah,
Tiap-tiap hari buat salah.

Tiap hari ditegur cikgu,
Tabiat Ezwan memang begitu,
Amirul pulak kawan sekutu,
Nasib baik rambutnya tak ada kutu.

Ili Nabilah orang berseni,
Muka comel mengalahkan mickey mouse,
Jangan takut jangan ngeri,
Farahin tak kan makan mickey mouse.

Intan,Akma dan juga Faezah,
Tiga sekawan tiga hati tiga jiwa,
Pasal cerita bagi kat mereka,
Buat kawan sekelas sakit telinga.

Ezzatul Akhmar nama diberi,
Ku sangka dara teruna rupanya,
Orangnya kecik itulah Amir,
Sikapnya yang degil tak padan dengan badannya.

Fe'el Zaki macam pendiam,
Bila dh b'gaul bergema sealam,
Hadi pula suka membebel orgnyer,
Hobinye tk lain tk bukan makan jer.

Si Najmi kecil tapi b'lagak besar,
Kejenye hanya mengejek saje,
Akmal pula org terbesar,
Tetapi tetap anak manje.

Nur Amirah kreatif orangnye,
Puteri kpd cikgu Razak,
Amalina pulak rajin orangnye,
Maizatul pula ceria sentiasa.

Semua pelajar sudah terkena,
Kecuali saya si pereka cinta,
Hal saya baik sahaja,
Siapa yang kutuk dia yang dosa.

7,8 monyet berlari,
Mana nak sama ayam di reban,
Tiba masa mengundur diri,
Relaxla kawan ini kan just pantun.

Ragam 1RK1 jadi kenangan,
Suka dan duka terselit di hati,
Semua ini hanya gurauan,
Diharap tiada yang berkecil hati.


Sekian..

0 comments: